Terapi Ayat Ilahi; Cara Mencegah Dan Menyembuhkan Penyakit
AL-QURAN yang diturunkan pada bulan Ramadan adalah mukjizat Nabi Muhammad SAW
yang juga manual lengkap umat Islam untuk menjalani kehidupan seharian mengikut
syariat ditetapkan.
Mukjizat al-Quran terlalu besar antaranya boleh menjadi penawar menyembuhkan
penyakit daripada ayat tertentu yang dibacakan atau diamalkan. Buku Terapi Ayat
Suci menjelaskan cara penyembuhan dan pencegahan pelbagai jenis penyakit.
Terapi menggunakan ayat suci al-Quran setelah melalui penyelidikan tidak hanya
terbatas kepada penyakit tertentu tetapi membantu mereka yang menghidap
penyakit kronik seperti penyakit kulit, kanser serta gangguan perasaan.
Tidak dinafikan, kehidupan hari ini semakin kompleks dengan pelbagai persoalan,
penyakit serta kemudaratan, tetapi umat Islam dapat menghadapi permasalahan
hidup dengan berpandukan kitab Allah.
Al-Quran mengandungi semua ilmu yang boleh membawa manusia ke arah kebahagiaan
hakiki termasuk dalam penjagaan fizikal dan rohani. Justeru, mendalami ilmu
perubatan melalui al-Quran dan diamalkan akan membantu meningkatkan kesihatan
diri yang kini menjadi keutamaan semua.
Buku ini menarik kerana mengemukakan sudut pandangan ilmiah dan perubatan
mengenai pengaruh bacaan al-Quran terhadap organ serta sel tubuh manusia
sehingga mendapat kesembuhan dengan izin Allah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar