Selasa, 09 April 2013

Buku Bacaan "Terapi Ayat Ilahi"

Terapi Ayat  Ilahi; Cara Mencegah Dan Menyembuhkan Penyakit

AL-QURAN yang diturunkan pada bulan Ramadan adalah mukjizat Nabi Muhammad SAW yang juga manual lengkap umat Islam untuk menjalani kehidupan seharian mengikut syariat ditetapkan.

Mukjizat al-Quran terlalu besar antaranya boleh menjadi penawar menyembuhkan penyakit daripada ayat tertentu yang dibacakan atau diamalkan. Buku Terapi Ayat Suci menjelaskan cara penyembuhan dan pencegahan pelbagai jenis penyakit.

Terapi menggunakan ayat suci al-Quran setelah melalui penyelidikan tidak hanya terbatas kepada penyakit tertentu tetapi membantu mereka yang menghidap penyakit kronik seperti penyakit kulit, kanser serta gangguan perasaan.

Tidak dinafikan, kehidupan hari ini semakin kompleks dengan pelbagai persoalan, penyakit serta kemudaratan, tetapi umat Islam dapat menghadapi permasalahan hidup dengan berpandukan kitab Allah.

Al-Quran mengandungi semua ilmu yang boleh membawa manusia ke arah kebahagiaan hakiki termasuk dalam penjagaan fizikal dan rohani. Justeru, mendalami ilmu perubatan melalui al-Quran dan diamalkan akan membantu meningkatkan kesihatan diri yang kini menjadi keutamaan semua.

Buku ini menarik kerana mengemukakan sudut pandangan ilmiah dan perubatan mengenai pengaruh bacaan al-Quran terhadap organ serta sel tubuh manusia sehingga mendapat kesembuhan dengan izin Allah.