Al Quran Al Fatih Imam Syafii (Akan Terbit)


Mashaf Imam Syafii

Rencana Tagline:
1.      Mengaji Al-Quran bersama Imam Syafii
2.      Eksplorasi Al-Quran bersama Imam Syafii
3.      Keindahan Al-Quran dalam satu mashaf
4.      Kajian Mandiri Al-Quran bersama Imam Syafii

Spesifikasi Mashaf Imam Syafii
1.      Ukuran: Istimewa (23 cm x 32 cm)
2.      Kertas khusus Al-Quran (QPP) 50 gram
3.      Jumlah muka surat: 1280 muka surat 2/2 warna (estimasi)

Kandungan Mashaf Imam Syafii
1.      Mashaf Al-Quran Terjemahan Perkata
2.      Terjemahan Al-Quran Per-ayat standarKementerian Agama RI
3.      Tafsir Imam Syafii, iaitu tafsir yang merangkumi ringkasan dari berbagai kitab klasik karya Imam Syafii.
4.      Tafsir Ibnu Katsir, iaitu tafsir yang merangkumi ringkasan dari kitab Tafsir Ibnu Katsir.
5.      Fiqah Imam Syafii yang dirumus dan dirujuk kepada kitab-kitab klasik karya Imam Syafii dan karya beberapa ulama lain yang mengulas berkaitan fiqah mazhab Syafii
6.      Asbabun Nuzul untuk mengetahui kaitan diturunkannya ayat-ayat dalam Al-Quran.
7.      Penjelasan makna kosa kata Al-Quran secara lingusitik, tekstual dan kontekstual sesuai yang dimaksud dalam ayat terkait.
8.      Wawasan Keislaman yang menambah khazanah keilmuan dalam istilah keislaman, berdasarkan penjelasan para ulama Islam.
9.      Mutiara Imam Syafii, iaitu nasihat-nasihat Imam Syafii yang disampaikan dalam syair-syair (dîwan) yang diriwayatkan dari beliau.
10.  Motivasi dan Akhlaq Qurani, iaitu ringkasan, kesimpulan dari sejumlah ayat dalam Al-Quran yang boleh dijadikan contoh  perilaku (etika, akhlaq) dan sebagai motivasi dalam kehidupan sehari-hari seorang muslim.
11.  Kumpulan hadis Sahih tematik berdasarkan pembahasan yang terkait dalam satu halaman.
12.  Indeks Tematik Al-Quran
13.  Sejarah Hidup dan pohon nasab Imam Syafii
14.  Atlas Imam Syafii (rakaman perjalanan intelektual Imam Syafii yang digambarkan secara ringkas dan disokong dengan ilustrasi peta yang interaktif).
15.  Penjelasan ringkas tentang Ibnu Katsir dan karya monumental; Tafsir Ibnu Katsir
16.  Kumpulan doa harian bagi muslim.
17.  Penjelasan Tajwid ringkas
18.  Bacaan Sujud tilawah
19.  Makharijul Huruf

 Keunggulan dan Metodologi Penyusunan Mashaf Imam Syafii
1.      Tafsir Imam Syafii adalah ringkasan atas penafsiran beliau atas satu ayat atau lebih, dengan penekanan lebih kepada pesan utama yang termuat dalam ayat-ayat tersebut, seperti hukum, kaedah bahasa, dan konteks ayat.
2.      Tafsir Ibnu Katsir as-Syafii adalah ringkasan atas penafsiran beliau atas satu ayat atau lebih, dengan penekanan lebih kepada intisari ayat yang menjadi muatan utama ayat, seperti maksud ayat menurut sejumlah ulama, pendapat yang dianggap paling rajih menurut Ibnu Katsir as-Syafii dan lain-lain.
3.      Fiqah Imam Syafii adalah ringkasan hukum fiqah yang ditetapkan oleh Imam Syafii dan menjadi pendapat umum mazhabnya, yang dilengkapi dengan sejumlah pendapat dari Imam (mazhab) fiqah yang lain sebagai perbandingan.
4.      Penjelasan kosa kata Al-Quran lebih menekankan pada penjelasan makna asli kata literasi bahasa Arab dan makna yang dimaksud dalam ayat-ayat Al-Quran.
5.      Mutiara Imam Syafii adalah keindahan pesan-pesan Imam Syafii yang dimuat dalam literatur-literatur klasik, disusun dalam bahasa yang puitis dan mendamaikan hati.
6.      Motivasi dan akhlak Qurani akan sangat memudahkan para pembaca dalam menyimpulkan pelajaran dan hikmah yang dimuat dalam-ayat-ayat Al-Quran.
7.      Kumpulan hadis sahih adalah dalil-dalil syar’i atas apa yang telah dijelaskan dalam ringkasan tafsir dan fiqah, sehingga kajian atas ayat-ayat Al-Quran menjadi semakin komprehensif dan asli.
8.      Wawasan Keislaman adalah memuatkan penjelasan atas istilah dalam Al-Quran menurut sejumlah ulama akan memperluas cakerawala pembaca berkaitan Al-Quran dan agama Islam.


Tidak ada komentar:

Posting Komentar